record player, vinyl, phonograph record-1851576.jpg

Simfoni

Simfoni dua jiwa yang berlainan dunia itu sukar dijangka apa yang mereka fikir. Jauh itu dekat. Dekat itu dugaan. Jauh itu rahmat.

Kata mereka.

Perancangan mereka.

Ah….alih-alih yang dikongsi sama untuk mendekatkan jarak itu hanyalah lagu. Ya, lagu….

Walau genrenya tidaklah sama, paling kurang…terasa yang ia ada. Dan sentiasa ada di telinga serta hatinya.

Gila!

Sejak bila kau mula layan lagu melayu?

Well, aku layan je, cuma takdelah terserlah obsesnya….itupun artis yang terpilih je la kot yang dilayan. Bunkface, Sofarz, Peterpan Radja….hurm…dan tak ingat..banyak sangat kononnya.

Alhamdulillah aku dah selesai dapat booster. Dan masuk hari ni, habislah cuti aku untuk sekian lamanya tidak bercuti.

AIA kau pe cer?

Hahahaha….gelak je mampu.

Aku tak tahulah weh…

Aku just nak simple life. Simple strive…simple in everything. Cukuplah hidup complicated bertahun-tahun dulu. Boleh tak sekarang just, take a deep breath, and let it go?

Argh….dah lama tak bersenam, tapi suka makan itu ini. Esok aku sorang pulak dekat expo. Hurmmm…..#bertabahlah. Doakan rezeki esok mengalir bak air yang deras. Aku pun dah merepek banyak lately. Otak mereng, senget tak usah katalah. Township pun dah lama tak buka. Gila!

Banyak kontrak dah di terminate. Aku just nak fokus satu sisi untuk hidup. Sebagai manusia, yang hanya mahu bernafas dengan tenang. Bersama simfoni alam, dan jiwa yang rindukan masa lapang dan kebahagiaan.

Apa itu bahagia?

Kenapa kita kena ada benchmark untuk suatu kebahagiaan?

Dia termangu bila dipersoal tentang bahagia. Apa aku tidak pernah bahagia selama hidupnya jiwa?

Entahle….

‘Weh, aku tak rasa aku dapat kawan dengan perfume tu lagi..’

‘Asal?’

‘Entah. Just macam, nah….tak rugi pun kalau hilang dia…’

‘Okaylah tu…aku pun tengah move on gak sekarang…’

Itu perbualan terakhir mereka tentang kehidupan mengenal orang. Ah, manusia….sukar benar untuk dikenal. Sudah suka, lain pula cerita. Ada saja simfoni yang tak serupa. Rima yang harus ditolak dan keluar dari prinsip hidup.

‘Kadangkan, kita kena compromise kita punya rules kak. Akak tak boleh bawak manual selalu. Manusia ni orang, bukan robot…’ dan seperti biasa mereka akan berdekah ketawa.

Orang lain takde manual ke dalam hidup diorang?

Mustahil aku sorang je ada guidelines? – itu pula soalan yang dia tidak pernah suarakan…

‘Ada rezeki, kita jumpa waktu raya…paling awal sebelum puasalah…’

Diam.

Tiada balasan untuk 5 saat….

Betul dowh dia ni…cakap dah tak main-main dah. Serius benar parahnya…

‘Baikkk. Jaga diri leklok…’

Send.

Tapi matanya berair. Cuba untuk tidak terlalu berdrama.

Indah sinar sang suria
Merdu irama sang bayu
Tiada seindah wajahmu
Tiada semerdu suara mu….

Yang tinggal hanya senarai lagu. Simfoni peneman kala berjauhan?

Entah.

Ia sesuatu yang masih tiada kata kepastian.

Sesuatu yang hanya simfoni sahaja bisa ungkai.

‘So, are you familiar with Sum 41?’ soalnya.

‘Opkoslah. Band legend tu…’

‘Haaa….kalau macam tu dengarlah With Me dengan Best of Me…’

I don’t want this moment to ever end
Where everything’s nothing without you
I’d wait here forever just to, to see you smile
‘Cause it’s true, I am nothing without you….

Itu irama dia. Lagu bukan sekadar halwa telinga. Ia harus dikaji, diselidik, sebelum diminat…tapi tak semua jugaklah…

So, takat tu jelah simfoni ini berbicara. Sampai masa, bertemu jua kita. Rajin, rajin, malas, malas. Yang penting, aku masih disini…

Adanya untuk bercerita tentang hidup nan sementara…

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienie
January 16, 2022 22:39

Gurlz…. watchu talking about…. for the first time kenot relate. (akakblur)

Scroll to Top