Span atau Iguana?
Span [atau ejaan betulnya sponge]
Span sifatnya menyerap. Dia serap dan membersihkan. Dia serap dan dia fleksible dalam genggaman. Dia serap semua. Air, minyak, sabun…tapi takde satu pun boleh ubah bentuk dia melainkan bila terlalu lama. Span adalah kategori benda. Jamadat? Bukan. Dia benda.
Iguana.
Sifat dia berubah warna ikut persekitaran. Kalau dia ada kat daun hijau, maka hijaulah warna dia. Kalau dahan coklat, maka coklatlah warna dia. Kadang mata kita boleh tertipu dengan kehadiran dia. Itu iguana. Dia makhluk tuhan yang bernyawa. Ada semua fungsi untuk hidup.
Span atau iguana?
Masih lagi bahaskan benda yang sama. Okay, aku biarkan tergantung.
Antara banyak benda dalam dunia ni, orang selalu suruh kita hidup seperti ikan. Sebab apa? Sebab ikan walau hidup di laut masin rasanya langsung tak masin melainkan kita yang taburkan garam padanya.
Habis tu kenapa ikan air tawar, rasanya hanyir padahal dia spesies ikan juga? Apa beza ikan laut dengan air tawar? Contoh ea; Ikan laut ni bandar. Ikan tawar ni semi urban. Bandar dia tak rosakkan diri sendiri, melainkan ada yang rosakkan. Kalau semi urban dia ada gaya yang tersendiri yang jadi tanda bahwa dia tu dari kawasan tertentu. Dia ada identiti. Ada janggut, misai sebagai tanda yang dia tak sama macam ikan laut. Nilai diorang pun tak sama. Tapi penghujung diorang tetap sama. Dua-dua akan hanyir.
Apa hubungan span, ikan dan iguana ni?
Dimanipulasikan: Faktor persekitaran/ kategori hidupan atau benda/ sifat
Bergerak balas: Pengaruh terhadap persekitaran
Dimalarkan: Metafora untuk menyifatkan sifat manusia pada sesuatu keadaan.
Hipotesisnya, diorang semua ada sebab tersendiri untuk bersifat begitu.
Kadang, kita hidup seperti span sebab kita nak fleksible dengan keadaan. Kadang kita pilih untuk jadi iguana, kita ikut pengaruh dan arus persekitaran. Dalam masa yang sama juga, kita adalah ikan. Ikan yang tak mudah berubah rasa. Walau kita fleksible dan ikut trend kita masih ada pendirian dan identiti sendiri.
Tergantung mati aksara. Termangu fikir tentang sifat manusia. Kita takkan pernah serupa walau dari sulbi yang sama. Rima tawa pun tak senada, inikan pula hati manusia.
***
Pergi tempat tinggi, cuba bunuh hati.
Bila teringat Ilahi, tapak undur sekaki.
Takut dihakimi kerana membuta tuli.
Tangis bukan simpati. Tangis ketawakan diri.
Walau belajar setinggi mentari. Otak dibuku lali.
Span, iguana atau ikan?
Okay aku patut stop merapu. Habis semua jamadat dikias.
Okay stop!##
thankx for reading! 😀
Pemboleh ubah tu semua reminds me of zaman sekolah rendah haha. Anyway, good sharing! 🙂
yes! kita perlu jadi diri sendiri dengan bergantung pada taliNya.
'tali' itu air bagi ikan dan span. 'tali' itu udara bagi iguana sama seperti kita. yang penting kita kenal diri kita supaya kita lebih kenal pencipta..
kan kak ros?
wah deepnya.kena ada metafora dalam hidup yang boleh berkaitan dengan banyak perkara/perubahan Macam quotes atas tu kadang jadi span untuk serap jadi iguana untuk adapt dan jadi ikan yang takkan kemana tanpa air.akhirnya kita perlu jadi diri sendiri, hamba yang takkan kemana tanpaNya.banyak sgt tersirat ni Sofie..errr 🙂