Blog Header

Tepi Jalan

text, letter, old-4095909.jpg

Siapa tak pernah lalu di tepi jalan? Bahkan jadi wajib untuk kita jalan dan menjadi pengguna tepi jalan. Macam aku, aku bukan budak jalanan dan aku bukan budak urban. Tapi aku budak tepi jalan.

Maksud aku, aku bukanlah orang yang menjual burger atau apa-apa di tepi jalan, itu memang konformlah tepi jalankan. Tak, aku diibaratkan macam tepi jalan, orang ramai lalu di situ tapi orang tak kenal pun tepi jalan itu apa sebenarnya.

Dia sentiasa ramai dengan orang tapi dia sunyi. Sebab orang hanya lalu sahaja, bukan menetap. Siapa nak menetap tepi jalan tanpa bumbung kan? Aku pun tak nak!

Tapi, di tepi jalan itu ramai berselisih, memberi laluan dan menjadi pengguna setia untuk menuju ke destinasi.

‘Aku bukan suka sangat nak bersosial dengan orang bagi aku cukuplah aku hidup jadi sang pemerhati di tepi jalan…’

‘Kau silap. Kalau kau tak bergaul dan berkenalan dengan sesuatu yang kau tak tahu, selamanya kau punya ilmu tak akan berkembang. Kau ingat dengan kau jadi anti-sosial dapat selamatkan diri kau dari dibuli dan dicerca orang?’

‘Aku bukan anti-sosial tapi aku berhati-hati dengan masyarakat. Sebab masyarakat sekarang sangat menakutkan aku…’

‘Tak, sebenarnya kau takut dengan bayang-bayang kau sendiri.’

Ini jalan aku dan aku pilih tepi jalan. Jalan paling selamat dan tak menghalang laluan orang lain.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top