people, fun, friends-5365324.jpg

Tinta rindu

16 Januari 2022.

Tak sangka lagi setahun genaplah usia 10 tahun persahabatan kitakan teman?

Aku rindu korang. Sumpah rindu giler. Rindu nak jumpa, rindu nak borak sampai subuh either in real life atau discord. Rindu gila sampai aku rasa….aku termenangis saat ingat semua detik dan kenangan kita.

Aku rindu korang dowh. Sumpah rindu.

Sekarang dua dari 6 dah ada keluarga. Makin susah nak lepak macam dulu. Dulu sembang bolehlah…kata nak jumpa semua….tapi realiti….masing-masing kesibukan dengan hakikat. Hakikat yang kita perlu pada melunaskan tanggungjawab. Itu ini yang buat masa berlari hingga tak sedar semua lupa bertanya khabar.

‘Weh fin, aku rindu gila dekat hgpa’

Itu text yang aku hantar pada Afin yang jauh di Terengganu. Ikut hati, usai balik dari kerja tadi, nak je aku singgah tasik port lepak kitaorang dulu. Tapi aku sedar, aku takde teman. Aku dah takde korang untuk aku borak, sembang pasal hidup, falsafah, impian…angan….aku. dah. takde. sesiapa dowh….

Sedih gila…..

Yang buat aku rasa macam, aku ni replaceable….

Ah, aku je sibuk rindu orang bagai nak rak….orang tak tentu lagi rindu kau pun lah…

Tak tahulah kenapa hari ini rindu itu bagai membuak. Emosi aku pun korang tahukan. Macam roller coaster. Kadang emo terlebih. Kadang hati kering….

2022 dah weh.

2022.

Aku tak kisah hidup Ca yang lain. Korang yang lima ni dah macam beradik aku sendiri….

Entahlah….

Aku tak tahu sampai bila persahabatan kita ni akan kekal.

Tanpa khabar. Tanpa sua…

Mungkin lambat laun ia akan pudar.

Sepudarnya tanpa sedar.

Kau, kau.

Aku, aku…

Takde dah angan yang kita pernah sembang macam dulu.

Lepas dapat mesej denga fini barang setengah jam, aku rasa sedikit okay. Aku masih ada dia walau kita jauh. Aku rindu gila nak sembang dengan hang fin….

Ni lah kelemahan aku, terlalu beremosi bila dalam suatu perhubungan. Kalau boleh, aku nak selalu ada buat korang. Selalu available tak kira masa. Tapi aku tak boleh. Aku cuba selagi boleh.

Tapi, somehow….aku rasa sunyi gila sebab, aku je cam terhegeh dengan korang. Korang kisah pulak dengan aku an. hahahahaha bodoh r perasaan macam ni…

Tak suka overthinking cani….

Dia buat aku rasa macam, asal dowh aku kena fikir benda ni?

Asal aku kena rindu orang yang belum tentu rindu aku?

Apasal dowh???

Aku harap, korang bahagia dengan kehidupan yang korang jalani. Samada pilihan atau tidak, yang penting korang kena pilih untuk bahagia.

Untuk Baz yang selalu ada untuk aku sekarang, thanks sebab sudi layan karenah dan ragam aku.

Thanks sebab luangkan masa untuk lepak dan hadam falsafah aku.

Thanks for everything. Aku tak tahu siapa yang aku boleh borak deep-deep kalau bukan dengan hang. Aku harap, semoga hang bahagia selalu. Kita ceriakan hari-hari kita sesama.

Aku tahu kita masih #teamsingle. Moga pencarian kita berakhir tahun ni. Aminnnn

Untuk Fin, Ibu kepada Ali.

Thanks sebab jadi peneman aku sepanjang dunia belajar. Dari Arau hingga ke Shah Alam. Hanglah teman borak 247 aku. Hangpalah the only roomate/buddies yang memang faham gila watak aku. Walau aku tahu hang bukan kisah sangat pun dengan aku, tapi aku tahu dan hargai setiap keberadaan hang dengan aku.

Tiga tahun weh. Tiga tahun dah kita tak jumpa! Gila r! Aku rindu hang weh!!!! Aku rindu gila nak borak sampai subuh dengan hang walau setiap hari kita jumpa. Cerita tu memang takkan habiskan. Ada jaaa benda nak sembang. Dasyat betul!

Thanks sebab sabar dengan aku. Thanks weh…kalau bukan hang, aku tak tahulah jenis apa yang boleh faham dan hadap dengan pe’el aku ni…

Untuk Afiq the best guy friend forever yang irreplaceable ever!

Thanks gila gila gila gila gila buat kau. Thanks sebab banyak bagi kata semangat untuk hidup walau banyak kali nak give up. Aku benci hidup buat kau sentiasa ada bila perlu. Just one phone call away, kau selalu ada je untuk aku. Susah gila nak cari kawan macam kau dowh. Kawan yang respect gila dengan perempuan. Sekarang nak cari kawan laki macam kau susah dowh.

Susah dia sampai aku rasa, kau memang win lah sebagai kawan paling baik aku. Gila tak win. Nak cari orang macam kau bukan senang dowh.

Mungkin aku tak perlu lagi cari orang macam kau. Mungkin aku kena belajar untuk terima orang baru. Kenal dan bagi peluang untuk kawan dengan orang yang aku boleh jadikan lebih dari sekadar kawan.

Aku manalah retii siaaa!!!!

Dulu kau ada bolehlah aku mintak guide. Itupun harey kena scam. Ah, bodoh amat sih aku ni! Rasa macam nak je sembelih perasaan sendiri ni. Apasal terlalu naif oiii???

So, sekarang…aku tumpang happy tengok kau happy. Hajat kau alhamdulillah semua jadi kenyataan. Aku je ha masih terkandas tak sudah. hahahaha aiguuuu….

Doakanlah kawan kau ni ikut jejak kau pulak an. Ada rezeki, tahun ni. InsyaAllah. Tidak tahun ni, tahun depan…

Yoooo Alia si busy gila ni memang susah nak jumpa. Ada jaaaaaa agenda dia. Aku dengan kau bukan jauh sangat pun. Tapi, nak jumpa lebih payah dari baz.

Alia, zaman diploma ye lah selalu kesitu sini bersama. Zaman dah habis belajar, kau geng raya ja lah kan Lia?

Tak raya, gathering steamboat. Tu ja.

Tapi aku faham….itu kau punya hidup….papehal aku doa kau hidup sebaiknya dan bahagia sokmo.

Yang paling jauh antara semua, Anaaaaa

Thanks ana for being in the geng. Aku tahu aku bukan kawan yang baik untuk korang. Kawan yang terlalu penuh emosi dan kepentingan. Tapi, Ana? Aku kagum gila sebab dialah paling berjaya dan terserlah kebolehan sejak habis belajar. Alhamdulillah, rezeki masing-masing.

Thanks ana sebab ada masa aku kena scam.

Thanks sebab support aku dan marah aku. Argh…aku yang naif ini….

Aku tak tahulah berapa banyak air mata aku mengalir untuk entri ni. Sampai kering dan mengantuk dibuatnya.

Aku tahu….kita semua rindu untuk jumpa dan lepak macam dulu.

Ke aku je yang rindu sorang padahal korang tak rasa pun nak gather….hurm…..

Adatlah tu kan….

Kita kena terima yang pertemuan, perpisahan itu lumrah…

Lagu apa aku guna untuk hilangkan rasa rindu ni?

Lagu Cantonese dari kumpulan Beyond tajuk Sky.

Aku rasa lagu ni sangat relatable sebab kita semua dah menginjak terbang jauh ke ruang angkasa hingga tiada lagi jejak pada memori yang menjadikan kita itu KITA. Sekarang, memori itu semua hanya sekadar dijenguk dari atas.

Jenguk dan senyum betapa jauh perjalanan yang kita telah susur. Tapi untuk turun ke landai dan kutip setiap senyuman, air mata itu…mungkin tiada siapa mahu. Aku?

Aku jelah dok sibuk menyapu semua debu landai perjalanan memori itu. Korang semua dah terbang setinggi langit. Hanya aku si penjaga memori yang akan menjenguk laman agar ia kekal segar. Kekal mekar.

Kadang, aku terbang jua. Terbang dan singgah. Itulah aku.

Aku dan memori…

yang tinggal hanya sebaris senyum dan air mata….

Aku kena terima, yang korang juga punya kehidupan.

Aku faham…sokay…aku setia bersama memori yang kita pernah ada. Siapa lagi yang akan ingat pada semua kenangan kalau bukan si kotak hitam ni….

Aku doa korang semua bahagia dan diperkuat jiwa untuk hadapi kehidupan. Dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.

Aku sayang persahabatan kita.

Selamatkan aku kalau korang ternampak aku dicelahan neraka kelak.

Moga kita bisa bertemu dan berhibur di telaga kautsar. Aminn…

Aku rindu korang.

Ada rezeki, kita jumpa…

Okay….dah dah…jangan nak nangis sangat. Esok kau kerja….kang bengkak mata tu….

Mana ada…aku tak nangis lah….aku just…shit i’m crying like hell! Aku rindu korangggggg…..

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
afiq ikhwan
afiq ikhwan
January 21, 2022 00:41

Afiq Here 🙂

Aku tak tahu sampai bila persahabatan kita ni akan kekal”..

InshaAllah Persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila ☺

Scroll to Top