Salam Ramadhan Kareem buat semua umat Islam yang menjalani ibadah puasa!
Alhamdulillah, tahun ni berkesempatan puasa di tanah air sendiri, bersama saki baki beradik yang masih bujang dan juga umi ayah. Tiga hari sudah, aku selamat menjejak kaki di tanah Miri selepas hampir enam bulan bermastautin di Samarahan. Enam bulan yang penuh chill dan tragedi.
Seminggu dah aku sepi dari segala socmed dan blog. Macam biasa, aku kan, mood pasang surut semedang. Bila rajin, semua benda nak post. Sehari mahu berjuta stories dekat IG di letak. Tapi….bila datang mood malas…..satu bayang pun tak nampak! So, dah ada mood ni balik, aku recaplah balik benda apa je yang aku buat sampai malas naudzubillah tu…ni baru rajin sebab syaitan kena ikat an, so…sebenarnya aku rajin je hahahah
Alasan cari laptop tertunda
Selepas misi mencari Matebook D15 tak berjaya dua minggu sudah, aku terus turn off semua semangat. Malas nak promo beria sangat dengan servis yang aku buat. Baiklah layan youtube atau habiskan series. Makanya, disebabkan aku guna nama alias Oren, tertengoklah series ‘Orange is The New Black’ tanpa sengaja…
Binge watch OITNB
Yang ni memang tak pernah masuk watch list langsung. Tapi, disebabkan series ni dah habis dan bukan ongoing, aku tengoklah trailer dia, not bad not bad…tu yang sampai tujuh hari tujuh malam mengadap. But….frankly aku sedikit kecewa dengan ending dia….tak macam Breaking Bad….hurm…
Sampai la aku macam kenot brain dengan ending dia…urgh! Dahlah season akhir dia macam drag giler, pastu last episod pulak kinda summary teroks! Apasal tak dedahkan life dorang yang dekat belah Ohio? Kenapa nak fokus dekat main character padahal main character tu takdelah menarik sangat pun life dia lepas keluar penjara.
Rajin nanti aku ceritalah lagi panjang pasal series ni je…
Balik Miri
Selepas habis sesi appointment aku dekat Kuching, aku dah takde sebab untuk stay lelama dekat tempat orang. Maka pulang ajelah kita ya labu…
I’m really glad to be back and breath the air of Miri City. Untuk orang yang membesar di Miri, tiada bandar lain yang seselesa Miri…gituuu hahahaha
Pergi airport 15 minit saja, pergi bandar tak sampai lima minit. Semua dikelilingi kawasan yang familiar walaupun takdelah selalu sangat pusing Miri…dia just familiar…dan feeling homey…walaupun aku ni balik Miri jarang-jarang, tapi Miri is still the best place to drop by and stay with your sibling.
Rindu tu opkoslah dengan anak buah yang sama-sama belajar berjalan. Tapi life must go on…aku pun dah lama rasanya tak hidup life sebagai manusia single. Remind me to never get married hahahaha it suck!
Akhirnya beli laptop juga!
Selepas setahun hidup tak berlaptop, akhirnya aku berjaya guna duit titik peluh simpanan masa kerja part time zaman ritu untuk beli laptop. Menggeletar tangan nak bayar bhai! Barang pertama yang dibeli dengan harga sedemikian, titik peluh sendiri pulak, mahunya tak rasa gitu. Dia nak beli, tapi rasa berat hati, tapi perlu jugak beli…
Phew!
Dia bukanlah laptop pilihan pertama atau kedua, dia hanya laptop yang muncul pada waktu dan bajet yang ada. hahahaha. Brand biasa saja. Tapi kemungkinan lepas ni aku nak upgrade RAM lah. Gila nak hidup dengan laptop 4gb RAM je? mahu lag kerja aku. Tunggulah dapat bajet lebih sikit, nanti aku upgradelah. InsyaAllah.
Hajatnya nak laptop yang ada backlit, tapi nah…bajet tak merestui…
Keypad dia best, smooth dan selesa, berat tu okaylah dengan saiz dia, tekstur dia pun aku suka, matte gitu. Warna? Opkoslah hitam.
Bazaar depan rumah
Yang ni memang rutin normal. Sepatutnya kitaorang memang, ya memang akan bukak gerai setiap hari. Tapi disebabkan insiden 15 September lalu, semua tu jadi tergendala. Gitulah dia…bukan nak jadi tipikal gerai melayu, kejap bukak kejap tutup, tapi tulah…nak buat macam mana…ada perkara tak boleh nak dielak, tetap akan berlaku.
So, kali ni aku harap aku dapat lihat dan kenal tanah air sendiri dengan hati yang lebih terbukalah. No more taking things for granted. Misalnya, tak bersyukur dengan segala kurnia diberi. Biar takde duit, duit tu bukan ukuran mewah. Ada rumah yang penuh selesa itu sangat memadai.
Dia tak mewah, tapi cukup adanya bahkan lebih dari cukup bila kau faham betapa nak jadikan rumah itu sebuah rumah tidaklah murah. Maka, bersyukurlah…Plus, kau ada kamceng beradik yang masih bersama kau dan umi ayah. Tak rapat tu belakang ceritalah, janji aku ada diusia senja mereka.
Tak bagi manfaat sangat pun takpa, diorang pun kena faham, hahahaha
Esok baru kitaorang bukak gerai, hari ni nak kemas rumah, kemas tapak gerai dulu, buat menu harga, itu ini lagi, pastu nak buat contest dekat blog sebelah lagi…ada rezeki dapatlah bagi kad raya virtual. InsyaAllah…
///
Tu jelah kerja aku sejak dua menjak ni. Menghargai setiap udara yang dihirup dihujung sisa late 20s. Baju raya tu tak fikir lagi, mungkin takde mungkin recycle baju lama-lama. Who cares?
Kalau dah ada gambar gerai yang lawa pa semua nanti aku share lah bebila. Life startup ni banyak cara. Tapi yang susah itu pastinya ia. Takde benda mudah dalam nak mulakan sesuatu. Gagal tu normallah kan..mula dari ceruk, cikai tu biasalah. Tapi masih belajar untuk buat yang terbaik itu adalah mesti.
Papehal roger!