Macam biasa, itu muzik latar yang aku sedang dengar sekarang. Muzik sahaja, tanpa sebarang lirik. Kadang bicara irama itu dapat menterjemah segala peristiwa yang sukar diungkap melalui kata-kata.
Ah, hari ini gangguan tidur datang lagi. Sukar benar mahu pejam, lena dibuai mimpi walau menguap ribu kali. Apahal dowh?
‘Aku rasa, aku perlu get help dowh…’ ujar dia perlahan.
‘Asal? Kau tak okay ke weh?’ soalnya. Risau.
‘Well, aku okay je. Tapi, aku rasa aku perlu professional untuk betulkan jiwa aku…’
Mereka diam. Ya, mereka memang perlu pada bantuan luar. Agar tidak terjatuh lagi ke lohong sama, berulang kali…Mati…lemas…gelap, kelam…ah…sisi dunia yang sebuat sahaja buat dia menangis sendiri.
‘What is wrong with me?! Why am I so fucking weak????’
Hela dilepas kasar.
Kadang, kau perlu keluar. Keluar dari zon selesa. Keluar walau jiwa kau dah koyak zillion kalinya. Keluar!!!!!!!!!!
When a champion falls….who was there beside her?
No one…
Sebab tu kau kena kuatkan mental kau. Bila mental tak kuat, emosi rabak, kau rebah! Emosi goyah, kau retak! Keluarlah….
Keluarlah…
Lirihnya. Kasar dan penuh pengharapan pada cahaya agar bantu dia keluar dari gelapnya zaman silam yang bisa menggelapkan masa hadapan.
‘Asal tak warna merah? Instead of gelap, kan cantik lagi dimerahkan…’
Cerlung mata dia memandang yang berkata.
‘Kau…kau jangan nak cabar aku. Aku masih waras untuk tidak memilih merah untuk mencerahkan jiwa yang gelap.’
‘Pastu stay dekat kelabu dan berharap hari baru?’
Biar hitam. Biar kelabu. Biar debu terpaksa disapu asalkan tiada merah yang bercampur.
Kenapa dengan merah?
Merah…bilamana kau telah lemah untuk pasak keyakinan pada keajaiban, harapan, dunia ini kan sirna…
Merah, bukan jawapan.
Ia penipuan untuk kau lebih lemas dan tenggelam.
Ah, sakit jiwanya. Sakit otaknya. Sekejap dia terang seolah punya harapan, sekejap dia hilang, kembali pada zon yang tiada orang.
Ah…aku perlu tolong diri ini. Hantar dan rawat dia pada yang berkompetensi…
Lelah untuk jadi doktor pada diri sendiri.
Lelah untuk jatuh bangun sendiri bangkit…
Ya, memang boleh.
Tapi…aku tak rasa jatuh yang selepas ini aku akan kembali. Jatuh yang ini sudah lama buat aku hilang diri. Hilang yang aku sendiri sukar untuk serunya pulang. Dia…hilang…tolonglah keluar…tolonglah…kau…janganlah jatuh lama sangat…
When a champion falls…
Well, kau tak pernah jadi champion…
When a loser falls…it gets uglier…
Kau okay?
Ya, aku okay. Senyumnya. Bergenang air mata cuba untuk terus senyum. Kau. Akan. Okay….
Kita, akan okay…keluarlah…aku perlukan kau. Janganlah hilang terlalu lama…
Jangan tinggalkan aku seorang untuk berjuang….
Bisiknya nyaring dalam hati agar dia yang hilang itu kembali pulang. Bersama semangat.
Orang hatta Alien pun kau sapu tinggalkan aku sendirian sini. Aku akan seru kau hingga kau jumpa suaraku dalam kelam kelabu.
Pulanglah diri.
Pulanglah…
I was
The one you left behind here
The soggy road you travelled
Was deeper than my sorrows
Stay here