road, nature, travel-6774756.jpg

Move On zillion time

April 2019

Banyak cerita lama digali semula. Kalau bernilai macam fosil atau emas berharga takpelah jugak. Ini, macam bangkai bernyawa. Setiap kali keluar, bermacam bau dan warna. Tidak termasuk lagi dengan sejuta rasa yang diperam terlalu lama.

Hari ni, aku tahu…semua orang sudah punya hidup sendiri pada usia yang sama. Malah sebagai manusia yang masih kurang komitmen hidup, aku bersyukur. Syukur sangat-sangat. Sebab tak perlu pening kepala fikirkan hal orang lain. Aku hanya pening fikir hal sendiri dan masalah duit. Duit.

Isu duit ni, sampai bila pun takkan pernah habis. Sedih tau terpaksa mengemis macam orang asing. Tapi dalam banyak hal bukan itu yang paling aku sedihkan. Tapi bila manusia itu berubah kerana duit. Betullah duit tu boleh jadi sumber kebaikan dan kejahatan.

Moga kita semua tidak tergolong dalam kelompok manusia yang jadikan duit sebagai jambatan kejahatan. -Amin-

Jadi, post kali ni aku betul-betul dah move on. Move on dari tempat kelahiran sendiri. Bukan sebab aku lupa daratan, tidak! Tapi sebab terasa asing di tanah sendiri. Asing dia lebih asing dari seorang traveler pergi menapak ke tanah luar.

May 2019.

Saksi terakhir jejak Miri sebagai pengemis. Dan hidup disconnected zillion kalinya. Because offline, is new luxury.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top