Yuhuuu! Thank God it’s Monday!
Aku tak pernah rasa happy bila tahu yang Isnin itu lagi santai dari hari Jumaat. Iyalah, bukan selalu kot nak excited bila jumpa hari isnin. Even hari rabu adalah hari feveret gua.
Sebab apa rabu?
Rabu kalau ikut dari bahasa arabnya, dia “arbaah”. Maksudnya “Empat”. Since aku anak ke-4, nombor 4 dah jatuh wajib jadi nombor feveret. Unless ko percaya yang empat itu soi!
Hari Isnin, (itu pun curi-curi masa jugak) aku sedikit lapang berbanding hari lain. Kalau korang wonder apa tujuan entri ni, aku akan jawab;-
‘sekadar mengubat rindu untuk menaip dari rasa hati’.
Aku sejenis manusia yang sukar untuk mendapat feel bila aku bukan dalam mood itu.
Misalnya, kalau aku kena buat something tanpa jiwa yang seni ni (ecececeh seni sangat!) dia jadi macam….seakan mati! Pale, dull, hipokrit…dan segala rasa yang buat aku pangkah semua web browser yang tadinya aku beria nak up entri ilmiah. Phew!
Bhai, entri ilmiah plus review plus perkongsiaan bermanfaat ni dia takleh guna bahasa cikai-cikai, dia kena ada sedikit bahasa malaysia-nya. Supaya nampaklah berilmiah. Hahahaha ke aku sorang je yang rasa macam tu? Kerja menaip, menulis ni….bukanlah sekadar jejari yang menari…dia kena jiwa bersatu bersama irama latar belakang (di mana BGM aku sekarang adalah lagu raya ?), baru aku akan up entri tu.
So, how’s your day guys? It is good? or it is just okay…?
Nah…..bersyukurlah masih hidup ? Nikmat paling sukar nak rasa syukur adalah rasa hidup. Orang selalu rasa dia dah mati sebelum jasadnya kaku.
Dulu aku pernah gak jadi sebahagian manusia yang kufur nikmat diberi hidup ni…
Mungkin sebab faktor usia, aku jadi macam bertanya pada diri; “Sampai bila? Sampai bila…” Hinggalah, aku rasa yang jiwa aku ni terlalu mati sampai langsung takde rasa berdosa bila buat maksiat kecil.
Contoh maksiat kecil adalah percakapan langsung tak jaga. Sumpah seranah caci maki seolah langsung tak mendatang rasa kesal…Teruk sangat!
Aku bukan cerita sebab aku bangga dengan apa yang aku pernah buat, ?cumanya aku terasa rindu berada dizaman dimana mahu ucap kata bodoh pun serasa ‘Allah,…bongkaknya aku…” Aku rindu rasa itu.
Kita tahu, bahkan maklum yang Iman itu ada pasang surutnya, naik turunnya...jadi bila hati telah dijentik untuk berubah dan terasa tidak senang dengan kondisi jahil itu, syukurlah. Syukur sebab Tuhan masih bagi peluang untuk berubah walau seribu kali kita ulang silap yang sama…
Kadang malu…malu dengan Dia…
Okay, okay aku bukan nak ceramah pasal hidup dan syukur, aku just nak tahu yang korang masih hidup pun cukup bagus. Alhamdulillah…
Isnin.
Hari isnin bersamaan 1 Rejab 1439. Rejab. kemudian Sya’ban dan Ramadhan. Gunalah peluang sebaik mungkin sepanjang bulan Rejab ini untuk melangsaikan segala hutang-hutang lama. (u know what i mean…)
Untuk adik-adik yang gigih mengkaji mengenai Geomatik, aku akan cuba sedaya upaya untuk tolong mana yang aku mampu. Tinggal nak up entry dan kasi ayat kemas ja lagi. Lepas tu, aku dah tak tahu dah nak up apa. Kawan geomatik semua yang aku kenal sedang sibuk dengan Survey Camp. Mana boleh kacau. Silap hari bulan mau kena maki.
Takpe bro, gua faham…komitmen untuk menjadi surveyor memang banyak. Aku hanya mampu doa dari jauh untuk kalian yang semuanya akan berjalan dengan lancar atas izin-Nya. Amin!
Lagi?
Aku nak balik!!!! hahahahahah. Jeles pulak aku tengok small gathering dekat rumah nu. Mahu juga orang jumpa anak buah sulong dalam keluarga ?????
Okaylah, habis dah entri merapu lepas rindu untuk berleter sekadar refleksi diri sendiri. Aku tahu…orang kata aku sedikit emotional sebab masih menyimpan dan menulis diari…aku tak kisah…incase kalau aku pergi tak sempat berwasiat…aku tahu benda pertama yang korang akan cari.
Dia, bila nak dekat Ramadhan memang selalu rasa macam ni. Rasa sebak takut tak bertemu Ramadhan. Siapa punya jaminan untuk bertemu Ramadhan? ?
Till then!
Ila liqa’, xiao xin!
p/s: sudah masuk selasa daaa….