Dengar cerita harga minyak tengah murah giler sekarang. Tapi tak boleh keluar. Hahahahaha. Cerita sedih dan gembira untuk semua.
Hari ke-19.
Aku cuba jugak untuk tak terlalu update sangat dengan isu semasa sekarang. Bukan apa, takut paranoid. Nak keluar dari zon paranoid tu bukan senang. Sampai boleh hilang keyakinan pada Tuhan tu. Makanya, kali ini, aku pinjam nama COVID bagi segala pemikiran yang berlaku sepanjang musim ni sebagai COVID Thoughts.
Dulu, masa sebelum aku ambil sesuatu kos atau sambung pengajian ke peringkat tinggi, aku mesti akan tanya soalan ni pada diri sendiri:
“Apa peranan dan contribution kos yang bakal diambil tika dunia dilanda perang?”
Dan aku cuba senaraikan sebanyak mungkin peranan yang kos tu dapat sumbangkan. Tapi, since aku sendiri dah bercelaru dengan persoalan tu sendiri, aku rasa Sains Geomatik adalah antara kerjaya yang sangat penting jugak. Sebab diorang ada basic buat thematic map. Map untuk kawasan zon merah, zon kuning mahupun zon hijau bagi jangkitan C.
Masuk je kos pengurusan hartanah, aku rasa dia sangat bagus sebab dia bagi pengetahuan tentang hartanah. Bila, macam mana dan apa yang patut kita tengok setiap kali nak beli rumah. Memanglah takde orang nak beli rumah masa zaman COVID ni, tapi kalau ada yang berkemampuan dan ada simpanan untuk beli rumah yang cukup, sekaranglah waktu yang sesuai.
Dah tentulah kerjaya yang paling-paling banyak memberi sumbangan tenaga dan khidmat pada kita tanpa kira masa adalah para saintis, ahli agama, doktor, barisan jururawat, tukang masak, pembersih alam sekitar, polis, cikgu, tentera, peternak, petani, media dan paling penting barisan pemimpin negara. Aku tak nafikan kerjaya lain penting, tapi dari segi memenuhi keperluan rakyat jelata, ini adalah barisan hadapan. Yang kemudian diikuti barisan penyokong seperti pengangkutan dan penghantaran, internet developer, juru teknik dan seterusnya….
Kalau betullah setiap 10 tahun akan terjadi pembersihan penduduk bumi, aku pun tak dapat bayangkan samada 2030, 2040 itu imune badan ni dapat tahan ke tidak dengan pandemik macam ni….Tak, bukan nak terlalu yakin yang kita akan hidup, tapi…just imagine for a while…bagi kesedaran untuk lebih menghargai masa sekarang.
Berbaki 18 hari lagi nak Ramadhan, tapi situasi masih tegang. Aku punyalah tak nak terlalu obses dengan angka kes C ni, tapi setiap seminggu, aku akan updatelah sehari…tup tup makin bertambah kesnya. Sedih….lagi-lagi dengan pengkhabaran yang jangkitan ni pun boleh terkena tanpa kita sedar. Nak bukak pintu rumah pun dah takut sekarang…huhuhuhu
Tetiba masa macam ni, takde kereta pun takpe. Asalkan ada tempat berlindung dan keperluan asas elektrik, air, makanan, minuman dan internet…internet tu penting wo….
Walaupun 2020 takde kereta terbang, tapi tanpa kita perasan 2020 mengajar kita untuk adapt dengan dunia tanpa sempadan. Tak semestinya kena pergi opis baru boleh buat kerja. Ada internet, dimana saja kerja boleh jalan. Adapt dengan dunia digital nomad. Kena hadap…itu dunia teknologi yang patut kita guna sekarang.
Kalau aku ada anak sekarang, aku suruh dia sambung bidang kedoktoran dan jururawat. Bukan nak serap pemikiran dengan jadi doktor gaji masyuk, atau jaminan kerja…tapi nak jadikan dia parajurit yang berjuang pada negara bila tiba situasi macam ni berlaku. Besar peranan diorang, hanya Tuhan dapat balas.
Aku selalu jeles dengan orang yang hidup dikawasan desa. Yang ada tanaman sendiri, ada ternakan sendiri…yang boleh survive walau takde kelengkapan moden. Asasnya, awal keperluan manusia itu adalah agama, tempat perlindungan, kelengkapan pakaian dan makanan serta ilmu pengetahuan.
Tak perlu mewah, janji hati kaya….
Keperluan aku sekarang tak banyak. Cukup makan, minum, ada internet, buku, rumah tempat berteduh, laptop dan paling penting kesihatan.
Dan perkara yang aku tak perlukan sekarang adalah; beauty esssential, baju baru dan segala barang tambahan yang tanpanya kita masih boleh hidup.
Sorry dowh kalau sesiapa yang promote items yang bukan keperluan. Aku tak dapat nak support. Aku pun terpaksa ikat bajet..kena berjimat cara hemah. Pendapatan pun tadak…so aku utama yang utama dulu….
Sekarang kita berada di era 21st century. Dimana ramai menantikan WWIII dan kemungkinan inilah WW yang kita hadapi. Dia tiada kemusnahan secara fizikal. Tapi dari segi biologi dan humanity. Aku dah cakap ini adalah C-thought yang dikongsikan pada laman ini supaya aku tak fikirkan perkara yang tiada kesahihan ini lepas ni….
Akihir kata, semoga kita semua dilindungi rahmat Ilahi dan diberi kesempatan untuk hidup dan menghargai dunia akhir zaman ini….dan dijauhi dari segala fitnah dunia, fitnah dajjal, azab kubur dan api neraka….Amin ya rabbal a’lamin
Wassalam…
bagus your c thought ni dik~ ^^