Masa itu berharga. Jika tiada penantian, tiada apa perancangan, dirasa masa itu sangatlah percuma.
Tapi…bila punya agenda, tentatif dan sebagainya, untuk menepati masa itu, ianya automatik menjadi suatu kegalauan.
Perspective sebuah kepercayaan sering disalah erti. Dipesong maksud dan takrifan.
Lelah jua bertelagah pada suatu yang seperti roller coaster. Boomerang. Pusing-pusing, situ jua isunya. Tiada penyelesaian!
Berbuih liur berzikir, merengus, rungut dan dengus segala amarah tidak kepuasan, tapi yang tetap menetap di ceruk situ menanti fasa ini berakhir masihnya dia.
Loser!
‘Well, saya tidaklah sampai melabelkan diri saya ini loser. Lebih beranggapan ianya sebagai suatu phase…’
‘Transisi hidup…’
Bokeh benar masa hadapannya.
Kabur!
Desing di telinga mula membingit. Seolah mengiyakan keputusan hidupnya yang terlalu takut untuk keluar.
Terlalu takut untuk bergaul dan bermasyarakat.
‘Saya dah blast 5 application hari ni…’
Itu bukan statement pengecut. Bukan jua si petualang yang bercabang lidahnya. Tapi, lebih kepada pencari kebebasan hidup dari semua sudut.
Kesihatan mental, emosi, dan ketebalan mata wang yang berkepuk-kepuk.
‘Kita ni ada je pilihan….kenapa perlu setia pada suatu yang tidak menghargai. Kita ni manusia. Hidup kita hanya didedikasi pada Dia. Bukan marhaen yang lagak seperti dewa!’
Ya benar.
Ya…
Berair matanya untuk menjelaskan pandangan hidup yang semakin lama hilang dalam perspective bokeh.
Mahunya tidak kuasa mata dia meningkat.
Silau!
‘Kau…kalau hidup susah sangat nak bekerjsama dan memahami konsep kesatuan pasukan….cakap awal yang kau tak percaya semua orang. Senang untuk aku chow awal. Tidaklah perlu menderita bertarung dengan jiwa dan wang ringgit.’
Kalau nak dibanding dengan apa yang diberi….neraca tidakkan berkutik! Terlalu sedikit!
Geleng kepala. Gila!
Ini perspective bokeh dia yang cetek.
‘Hidup ni simple. Kita just hidup, dan enjoy. That’s it. Tak payah merungut, mengeluh….mungkin apa yang kita lalui tak sama. Tapi, yang boleh menilai segalanya hanya diri kita sendiri….’
Termenung dia barang 30 saat.
Bukan dia tidak mencuba untuk bersyukur dan henti segala rungutan dan bebelan tentang kerjanya. Dia sudah cuba. Sudah…tapi ada saja cerita dan peristiwa yang buat darahnya mendidih. Emosinya kuca lana. Mahu saja diterajang punch bag bagi melepas rasa geram. Sayangnya, punch bag pun tiada….
Alih-alih…..pekung di dada terkeluar, mereka mula merencana untuk mencari sinar di luar. Ciao, ciao, ciao, ciao kata Joe Flizzow.
Dia best…sangat….tapi tu lah…perspective cetek dan bokeh buat mereka rasa cemeh. Diperlekeh seperti graduan selekeh.
Sudahlah….rezeki itu punya jalan. Untuk berjumpa dengannya, kita jua harus memeta langkah. Orak sejauh mungkin agar dipertemu rezeki yang lebih stabil kata orang.
Apa itu kestabilan?
Adakah kelimpahan harta itu maksudnya stabil?
Atau sekadar cukup hidup untuk sehayat ini?
Angkat bahu lagi…
Geleng kepala…
Marilah berambus…
Untuk apa ditunggu jika hati bukan disitu?
all the best yoo