crocus, flowers, spring-7079550.jpg

Sempoi, simple and chill…

Bila kali terakhir hidup ni dipenuhi dengan kondisi yang sempoi?

Angkat bahu….rasa macam…hari-hari hidup kau adalah sempoi dan chill. Tiada apa perlu dikhuatir atau gusarkan. Segalanya kita serah pada masa dan takdir yang memegang jalan hidup. Kita ini hanya penggembara. Berkelana mencari makna hidup.

Argh….kadang kesendirian itu bikin gila jua jiwa ini ya. Kenapa kau sudah tidak betah untuk menyendiri?

Mungkin….terlalu lama seolah hidup ini memang dikurnia hanya untik sendiri. Sepi. Sunyi…hanya aku, muzik dan…paparan skrin yang kian hari hanya itu saja yang aku tatap. Pergi kerja balik kerja, skrin sajalah ceritanya.

Beza kerja tidak kerja saja. …

Tadi aku bantai satu pint BR…sampai naik muak jugak mahu telan…tapi separuh aku simpan. Buat peneman hari mendatang. Banyak makanan aku rosak dowh…aku ni pun bukan jenis makan banyak. Kadang tu, buka puasa pun macam makan sekadar supaya tidak lapar esok hari…

Termenung layan cerita yang sama berulang kali….sedih bukan?

Ha ha ha ha….entahlah tu…

Rindu jugak nak dengar riuh rendah, suara hiruk pikuk rakan taulan…beradik…ah, itu semua kian berlalu….perlahan tinggalkan aku sendiri di teratak ini…

Teratak tidak bernombor. Tiada bertanda. Hanya kelam warna penghias laman.

Ah….hidup…kesendirian itu jua yang selalu dekat dengan kau…

Even if you described your feelings
And encumbered me with a dozen reasons
I might walk alone ’cause I think I’ve heard enough
You were right
The night is somewhat brighter than the light
There’s so much more to find without our eyes
Things which I’m too shy to write

….

Sekarang misi tunggu baju raya sampai je. Puas pusing situ sini, end up, Shopee jugak port kau beli yek?

hahahah tengoklah kalau carik tudung nanti nak cari kat mana. Rajin, kita pusinglah jelajah jammed ni. Harung je lah….

Kalau dak….kita sarung ja tudung lama. Sempoi….

Okaylah weh, takat ni bebelan aku. Ni pun update sebab lama giler tak up story. Aku pun dah buat blog ni macam diari pun ye jugak. Kisah pulak orang kan? hahahahah

Chow lu….papehal roger!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top