Dulu aku pernah catit suatu perkara. Tapi aku tetap lupa kenapa aku buat catitan tu. Corakan penulisan pun dah semakin dewasa. Kelakar!
Kalau dulu bahasa bukan main pasar. Sekarang, penuh sastera dan bunga. Masih belum ternobat lagi menjadi pujangga. Macam itulah kehidupan kawan. Macam tak percaya kita ni dah ke usia ini. Hidup menjengah rezeki di tahun 2023. Tahun yang kita langsung tak jangka yang kita akan hidup dalamnya. Syukur Alhamdulillah…
Aku an, kadang tu lupa…
Lupa besar pada nikmat yang ada. Terlalu melihat pada yang tiada. Terlalu ikut pada trend semasa. Terlalu tidak berpijak pada bumi yang nyata.
Lupa katanya…
Tapi, bila punya seseorang yang ingatkan kita pada sebuah kesyukuran, baru kita tersedar…sebenarnya nikmat Tuhan yang mana lagi aku dustakan.
Terlalu kemandirian sehingga terasa dunia ini hanya berpaksi pada kita. Ah, berlagaknya pemikiran kepentingan begini. Itulah…aku ni kadang perlu pada rendaman dan sentapan clorox. Kadang tu rindu jugaklah dengan kehidupan lampau. Pada kemeriahan berkawan, berpasukan dan pelbagai acara persatuan.
Sekarang….yang ada hanya kau dan teman rapat. Yang akan berjuang untuk hidup ke arah yang lebih baik.
Syukur…
Syukur kata dia. Usah terlalu melihat pada orang yang jauh lebih baik pada kita untuk merasa syukur. Lihatlah pada apa yang dibawah agar kita tidak kufur…
Kawan,
masuk bulan Jun nanti genaplah sepuluh tahun kita saling mengenal.
Pada Afiq, yang kini menjadi ayah….aku bangga dengan kegigihan kau…
Pada Afin yang menjadi ibu di rantau tanah dagang, aku syukur hang sentiasa senyum walau badai tidak terlihat di mata kasar.
Pada Al, aku selalu kagum dengan kau. Tabik dan sanjung pada apa yang kau genggam. Kaulah keberanian yang aku cari.
Pada Baz yang selalu menjadi teman bertukar cerita dan air mata, kaulah kamceng paling setia yang aku pernah ada. Kaulah geng food hunt aku yang boleh hunt ke mana saja. Asalkan bajet ada…hahahaha
Pada Ana yang aku rasa semakin jauh di tanah orang, aku harap segalanya dipermudahkan buat kau…
Aku tahu aku bukanlah sahabat yang terbaik kalian pernah ada. Tapi koranglah sahabat yang akan sentiasa ada dalam memori dan ingatan kepala. Aku kadang rasa macam kerdil je nak punya orang baik macam korang an…tapi itulah kurnian yang aku sering lupa untuk syukur…
Pada keluarga….pada adik beradik yang selalu menjadi talian hayat…aku doa semoga kita semua dinaungi rahmat Ilahi dan sentiasa dilimpahi rezeki tanpa henti…
Teruntuk kamu yang teristimewa yang telah bertakhta di jiwa, terima kasih atas kehadiran yang banyak mencorak warna dan membentuk pelbagai semesta yang dulunya hanya hitam dan suram. Aku tahu kadang aku ini sering berbahasa yang mengguris rasa….terlalu diikut pada yang ada di mata. Walhal, ada lagi aspek lain yang aku alpa untuk pandang.
Aku syukur pada setiap kehadiran kalian yang masih setia hingga sekarang. Walau jaraknya kadang jauh kadang dekat, kalian tetap insan yang menjadi watak kemeriahan sebuah novella tulisan aku.
Aku takde kawan lain dah dowh selain korang…
Ada tu ada….tapi tak sama macam korang. Tak rajin jugak nak bergosip dengan orang baru. Yang lama ni lagi naik hantu.
Oh ya, untuk Nina, Zati, Yun yang sakan jadi ibu yang terbaik buat anak kalian, aku doa sentiasa dilimpahi rezeki dan dipermudahkan segalanya.
Begitulah hidup ni kawan…
Aku pun tak tahu nak merepek apa lagi untuk korang. Aku rindu nak borak lama-lama. Gelak sakan bagai segala permasalah lesap dengan gilai tawa….rindu sia…
Tapi tu lah…yang ada hanya kenangan….dan untuk masa hadapan yang masih belum pasti….ah rindunya korang…
Ye r tu, aku je kerjaan rindu orang. Orang tidak-tidak pun rindu aku….hahahahah
Takpelah….biasa dah macam ni…aku okay je…
Korang kalau ada apa-apa, roger r aku…
Aku ada je kat sini…
Mencoret kisah hidup. Kadang pelangi kadang kemarau, dan kadang banjir. Apa-apa pun aku happy…sebab korang selalu ada…walau tidaklah ada, ada…tapi cukup adanya….
Faham semua orang tengah mencari kehidupan. Menstabilkan hidup dari pelbagai ruang. Aku faham…sebab tu kadang aku tak ganggu korang. Ada masa aku ping korang, korang tak reply, aku okay je…Sebab yang sentiasa punya masa itu aku…hahahaha
Aku harap, apa-apa yang sedang korang hadap sekarang, semoga dipermudahkan…Amiinnn….
Apa lagi ea?
Hurmmm…
Senang-senang nanti, ziarahlah aku kay…Tak kiralah masa aku masih hidup atau tak nanti…
Harap kita kekal hidup dalam sebuah memori….
Sekarang, struggle kaw-kaw…struggle sampai separuh nyawa. Yang penting jaga kesihatan. Okay?
Semoga segala impian dan cita yang diidam, tergapai. Semoga bahagia dan tenang disamping insan tersayang….
Dah panjang sangat ni aku bebel….Pape roger….
Adios!
paper roger ek.. Hepi new year! Hehe
Happy new year too!!! InsyaAllah moga dipermudahkan…