Hola amigos! Ni hao! Xin nian kualie!
Pe cer? Pe habaq lama sepi habis berhabuk blog semua benda outdated, irrelevant and most importantly nonexistent!
Mana kau hilang ha? Last seen pun Julai. Lima bulan lepas tu. Okaylah, masih dalam beberapa bulan, belum tahun. Tepu sebenarnya bila laptop takde. Tu yang hambar je blog. Nak update guna phone, hurm ajelah….
Baru berapa baris, dah kering otak tetiba takde idea nak update apa. Padahal banyak giler untold story nak kongsi. Sejak balik Miri, tup tup la ni stranded di Kuching. Pasaipa boleh ke Kuching pulak?
Ha…itulah kau, sape suruh tak update cerita dengan member sendiri, kan dah banyak tertinggal. Sibuk sangat nak promote bisnes itu ini gelabah dengan ekonomi, nak jadi outstanding end up terkapai di gigi langit jugak.
Halusinasism betullah!
Nak cerita, tak rajin. Tapi nak update jugak even hambar. Maklumlah sejak masuk dekad ni, dunia hanya tinggal dua warna; hitam & putih. Makanya, aku pilih kelabu.
Kelabu bagi gambaran terkini. Mendung, hujan, banjir, segala macam jenis bencana, petaka dan masalah dari semua segi keluar hadirkan diri penuhi Bumi. Jadinya, setakat rumusan 2020 hidup seorang aku itu tiadalah bermakna sangat jika dibandingkan dengan apa yang populasi dunia lain lalui.
Dasar halusinasism!
Podcast?
Ha, itu kita memang tak dapat nak update buat masa sekarang. Biar dulu ia tergantung begitu. Aku urgh gila setiap kali dengar podcast sendiri. Apalah yang aku fikirkan sepanjang bersemangat nak hasilkan podcast tu? Lagi-lagi season 2. What’s wrong with me huh? Ada ke benda, urgh…nak delete, sayang….benda bodoh macam tu jugaklah buat refleksi penambah baikkan pada masa akan datang…Ah, biar je lah…
“Kita ni tersangkut pada dunia yang ingin memberi inspirasi tapi tidak mahu menonjol diri….stuck!”
Halusinasism!
Halusinasi + ism = Halusinasism.
Sebuah teori khayalan yang selalu diangankan tanpa suatu pun jadi kenyataan. Ia sekadar sebuah ilusi.
2021.
Apa yang kau dah gapai?
Huh? Soal tentang pencapaian hidup ni kadang terasa macam takde satu benda pun yang lepas garis berjaya. None! Semua masih disekitar ‘ha, bolehlah dari takde langsung’. Pathetic loser gila! Hatta nak sedarkan diri betul atau tidak aku ni loser, aku ambik ujian 10 soalan ‘Di tahap manakah kegagalan aku berada sekarang?’
Jawapan?
Pathetic loser! hahaha
Takdelah, tu ujian memain sajo. But still…
“Tak pernah terfikir yang pengakhir 20’an kita macam ni…”
“Macam ni macam mana?”
Aku pandang dia, dia pandang aku. Dan masing-masing melepaskan helaan yang dalam. Berat bunyinya…
I don’t like my mind right now,
Stacking up problems that are so unnecessary…
Halusinasism…apa yang digapai itu bukan diangan.
Banyak perkara, orang serta idea dilepaskan begitu saja. Peluang serta ruang itu dikatup kerna sudah tidak percaya. Nonsense katanya. Kenapa? Kenapa memaksa? Kenapa masih berimpi setinggi angkasa sedang kaki terang lagi bersuluh masih terpasak pada mayapada?
Terpasak kau kata? Berdiri pun bertongkat masakan punya upaya untuk memacak kaki pada graviti?
It is what it is. Now and then.
Tak kisahlah pengalaman itu benar atau tidak, ia tetap bukan alasan. Jadi aku lebih suka berdiam. Tidak semua manusia yang dikenal punya kelayakan pada kebenaran dan penerangan. Diam itu lebih baik. Berundur, dari bertempur di medan tanpa senjata.
“Kadang aku tak tahu nak percaya apa dah…I think I am toxic in this whole ‘ship’ thingy…and maybe this is the time I let myself fade away from your memory…”
Tetingkap chat dipadam. Dia termenung…
‘Kau patut bersyukur punya teman yang benar-benar mahu selamatkan kau dunia akhirat. Apa masalah kau?’
Tangan ditopang pada dagu. Taipan terhenti. Bunyi kipas menderas menampar muka hingga menenggelamkan alunan muzik Forever oleh Peder B.Helland.
Baru hari ini dia punya jiwa untuk update cerita, belek cetera barang satu dua. Itupun tiada satu yang melekat dimata. Telah lagi hati. Balik-balik kisah yang serupa. Genre berunsur pemasaran. Kecewa….
Ah, kemerepekan apakah yang telah merasuk ni?
Buat semua warga laman yang menjengah, yang kenal, dikenal, mengenal, siapa pun anda yang pernah berselisih memori pada babak bersama makhluq bernama sofie ini, aku harap muka surat tentang kita itu kau koyak dan bakar tanpa sebarang keraguan. Tiadalah manfaatnya aku pada kalian.
Jika terselit satu dua baris yang buat kau tersenyum kala berduka, simpanlah baris itu. Jika sekadar pencucuh yang membara hingga mengalir air mata, goreskanlah nama aku hingga terpadam dari kamus hidup kalian. Usahlah disimpan jarum yang patah ini lagi.
Apa yang dibelakang usah dipandang dengan penyesalan, iakan menjadi beban pada masa akan datang. Apa yang dihadapan usah dirisaukan, iakan menyempitkan pilihan. Dan sekarang, biarkan halusinasism bermaharajalela kerna itulah pelarian kehidupan seorang manusia yang lumpuh mimpinya….~ so4ie
what a long time no see haaaaa..
biasa…baru jumpa lappy hahaha
what a long time no see haaaaa..