laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

How to balance a life as a student vs a part-time worker

Masuk bulan November ni, genaplah lapan bulan aku kerja sebagai part-time. Aku masih ingat lagi semua proses jatuh bangunnya nak stabilkan hidup dua tiga sisi mengalahkan Oliver Queen! Susah! sangat susah sampai ada satu masa tu aku nak give up belajar. Dan satu masanya pulak aku rasa nak berhenti kerja!?

Gila!

Kerja gila semua tu hanya main dekat kepala je. Nak buat secara realitinya, mahu gempar dunia. (drama terlebih) Tapi serius…semua tu, Alhamdulillah dengan berkat doa umi ayah, seorang aku ini masih lagi gagah melayar perahunya yang dulu hanya tinggal sekeping papan. Mahunya takde pelampung, boleh lemas aku. Dahlah tak pandai berenang. Terkapai-kapai sampai air masuk hidung…perit!

Sampai, hilang identiti diri. huhuhuhu

Hari ni aku sajalah nak kongsi pengalaman lapan bulan hidup dua sisi ni. (tu tak termasuk menstabilkan life as a blogger tu…so, jangan hairanlah blog aku ni suam-suam kuku…)?

1- Be prepared

Sebelum sesi kuliah atau semester bermula, aku biasanya akan duduk untuk dua ke tiga jam demi menyusun dan menyelenggara jadual hidup. Bukan jadual kelas je kena susun, jadual bila nak off kerja, bila kena full, dan jadual luar jangkaan macam kelas ganti dan kem bagai…semua kena masuk siap-siap dalam planner.

Sem ni aku guna konsep satu buku nota untuk semua subjek. Termasuklah weekly planner. Senang! Buku tulah aku usung kemana-mana. Hatta kat tempat kerja sekalipun.

Incase kalau ada program Uni anjurkan atau secara mengejut, semuanya aku akan roger pada partner tempat kerja dan bos aku. Cuma ada satu hari tu aku demam tahap petala ke-14 sampai terpaksa emergency off.

2- Be flexible

Kadang tak semua jadual kelas tu on time. Ada yang cancel, ada yang tunda dan macam-macamlah. So, bila situasi ni berlaku, biasanya aku akan qada’ tido! ?hahahaha….tapi kalau time tu aku rasa macam nak study kat library, memang aku akan lepak kat library. Nak ikut jadual 100% tu, memang idokler….

Sebabnya, satu kita tak enjoy the journey. Kita rasa semua benda beban. Padahal benda tu seronok je dibuat. So, bila ada kerja kena buat, buat cepat-cepat…sebab takkan ada masanya dah nak bertangguh.  Since kat tempat kerja aku macam relax sikit, aku suka bawak segala assignment or bahan bacaan kat situ. Nak tak nak, kena belajar untuk fokus dalam situasi hingar.

3- Betulkan niat

This should be a number one priorities dalam hal ni. Betulkan balik semua niat. Kenapa nak kena belajar? Kenapa nak sesibukkan diri dengan kerja part-time kalau semua dapat ditanggung dengan mudah? Kenapa nak berjerih payah kalau ‘syurga’ itu depan mata? Kenapa dan kenapa…semua kena tanya hari-hari.

Awal misi aku nak kerja part-time adalah sebab nak bebas dari isu kewangan usai habis belajar kelak. Misi aku nak ada semua aset selain segulung ijazah. Misi aku nak support umi ayah pergi haji dan umrah. Sebab tu aku beria benar kumpul duit.

Nak bagi umi ayah bangga yang anaknya ini jua setara Oliver Queen. Bahkan lebih hebat lagi. Ngeh ngeh ngeh….insyaAllah. Yang penting, Lillahita’ala….

Keperluan vs kehendak = Aku perlu belajar sebab aku perlu pada ilmu untuk memenuhi segala kehendak. Pendidikan adalah pelaburan paling berharga.

4- Ready for change

Yeah, aku masih percaya yang aku ni ambivert. Sampailah satu hari tu, entah kenapa aku tetiba buat semula kajian personaliti hari tu, aku dapat introvert. Now, I am an introvert. But, I have to change in order to be successful. I have to change because that is how successful people do. They ready for any changing.

Berada di takuk lama memang seronok. Sebabnya selesa. Rasa selamat. Tapi sampai bila? Sampai satu tahap aku kena juga serap pepatah “Berakit-rakit dahulu berenang-renang kemudian….” dalam realiti hidup.

Perit tu usah dikatalah…tapi manisnya bila kita tahu yang Dia sentiasa ada untuk kita….
Dan itulah turning point kita. Dari biasa jadi luarbiasa sebab kita percaya pada ubah diri akan ubah nasib.

5- Love your life, Enjoy your life!

Ini penting sebab takde orang dah nak sayangkan hidup kita ni melainkan kita sendiri. Tak boleh nak harapkan jugak yang kita akan berjumpa the other significant untuk sayangkan hidup kita. Ah! itu semua drama! Belajar untuk cintakan hidup sendiri. Sebab tak semua orang mampu…heheheheh

Aku suka belajar dan suka pada tekanan tapi tak bermaksud aku suka memberi tekanan pada diri sendiri. Aku suka kerja, sebab aku suka pada pengalaman dan proses.

Wuish, jangan memain tau walau sekadar kerja jual casing, pasang tempered glass orang pun…banyak benda yang kitaorang belajar. Paling besar sekali kerja ni ajar aku “able to work under pressure. Ini susah nak buat. Biasanya letak dalam resume benda alah ni sekadar nak cukup syarat. Tapi kali ni tidak. Memang bermacam pressure dah buat. Walau air-cond mall tu suhu paling rendah, kitaorang boleh berpeluh. Bayangkanlah…?

Enjoy the process! Itu pun sudah cukup. Dia akan ajar satu pada kita, everybody is somebody servant…be humble, always….

So, are you a student and part-time worker who still find a way to stabilize your life? This is for you.

You are the greatest human that ever live! Extra salute if you’re blogger. hehehehehe”

####

Seronok bhai dapat extra pengalaman hidup. Awal panjat batu memang susah. Tangan kebas, kaki tak percaya tangan, tangan menidakkan kemampuan kaki. Masa tulah proses paling jerih. Tapi, bila dah sampai at the top of the wall….rasa macam tak nak turun sebab view dia sangatlah cantik. Kalau boleh nak terus mendaki sampai ke bintang sana. Tapi pandang langit, jangan lupa tanah….

Tinggi mana pun kita boleh capai, takkan mampu melawan tingginya kasih Tuhan pada kita. Tuhan tu Maha Baik Dia sampai rasa macam, nikmat Tuhan yang mana lagi aku dustakan….

Okaylah…apa pun korang buat…buatlah yang terbaik. Jadilah yang terbaik untuk diri. Berhenti membandingkan hidup kita dengan orang lain. Dan bersangka baiklah dengan perancangan Tuhan. He knows the best! Have a faith…

See you when I see ya! Thanks for spending your time here and have a unforgettable day!

#doakanyangterbaik ?

Dear, future , me
Thanks book for being there… ^_^ (ignore the grammatical error)
Subscribe
Notify of
guest
12 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
November 10, 2017 23:50

betul! maunya tak terjelepuk nak handle semua tu…tapi, alhamdulillah, pengalaman nilah yang banyak mematangkan pemikiran kita.

i am! thanks siqah!!
enjoy your day!
^_^

sofie adie
November 10, 2017 23:48

sama-sama ^_^
sama2lah kita praktiskan dalam harian. moga bertambah baik hidup kita..

sofie adie
November 10, 2017 23:47

amin! thank you for support me nina!
insyaAllah, timbul karam dia dapat diharungi ^_^
yup! ibadah, bukan hanya atas sejadah…

sofie adie
November 10, 2017 23:44

berlatih untuk seminggu, insyaAllah kita dah tak kisah apa yang orang lain buat.
kalah, bangkit lagi… ^_^

sofie adie
November 10, 2017 23:43

makasih tashira! kamek pun awal dolok takut juak, tapi through the time, alhamdulillah we get better and stronger than we think we are.
u also can do this! chaiyok! ^_^

sofie adie
November 10, 2017 23:42

there's a lot of student working part time. especially ipts.
a bit challenges but in the mean time, it very excited! ^_^

Siqah Hussin
November 10, 2017 23:38

Siqah tabik spring dekat orang yang belajar sambil bekerja. Banyak komitmen dan pengorbanan. Diri mesti kental. Stay strong Sofie! Siqah doakan Sofie boleh teruskan dengan baik 🙂

At-Tarmizi
November 9, 2017 02:22

berhenti membandingkan hidup kita dengan orang lain,terima kasih atas nasihat ini =)

Hanis Amanina
November 9, 2017 02:22

Tak pernah buat dua2 sekali – jadi student at the same time part time T__T looks hard but kita doakan u will get through it 🙂

setuju dgn part betulkan niat. Dengan niat yg baik lillahi taala, sesuatu perkara tu terus bertukar jadi ibadah 😀

hanisamanina.com

At-Tarmizi
November 9, 2017 02:22

berhenti membandingkan hidup dengan orang lain tapi kadangkala terbuat juga =(

tashira sha
November 9, 2017 02:22

stay strong kak! mun kmk sikpat nak bahagikan masa hahaha terer lah ktk gia. kmk pun teringin gak nak kerja part time sbb mok ambik pengalaman tapi ssh gilak sbb kmk masih sik berapa berani nak mbak kereta hahaha. good luck & all the best kak!

Farah
November 9, 2017 02:22

Sangat kagum dengan orang yang buat part time sambil belajar. I don't think I can do that.

Scroll to Top