Hujan yang lebat seakan ribut di pagi Sabtu ini amatlah mendamaikan. Walau guruh kedengaran serta kilat sabung menyabung, semuanya adalah luaran. Cuaca yang luar dari kawalan. Namun kita tetap tenang. Yakin rumah yang kita berlindung selamat dibawah naungan Tuhan. Keyakinan seperti ini yang penting dalam mencorak masa hadapan.
Usah terlalu gusar atau gentar pada sesuatu yang luar dari kawalan. Tetap tenang kerna kita tahu kita boleh hadapinya.
Maka, nikmat Tuhan yang mana lagi kamu dustakan?
Punyai kekuatan jiwa yang tetap tenang, tidak menyimpan dendam itu suatu anugerah.
Ya, ia sakit.
Ya, ia perit.
Kadang amarah menggelegak hingga bikin tegang urat. Adakah kita dapat lakukan sesuatu dengan menunjuk reaksi yang agresif?
Tidak. Malah mengeruhkan lagi keadaan.
Waste of time .
Bila kita sandarkan pemikiran pada setiap apa yang ada ini hanya sebuah pinjaman, kita tidak lagi kisah pada raungan, pada teriakan lolongan apabila sesuatu itu hilang. Kita hanya termenung. Termenung kerana kita mengambil sesuatu perkara itu ‘for a granted’.
Acap kali kita menunjukkan emosi apabila ia lari dari norma. Bukan kebiasaan.
Gelisah bukan?
Berada pada satu fasa yang kita langsung tiada tapak yang kukuh. Seperti kaki bayi yang masih bulat. Goyah. Segalanya kembali pada titik mula.
Sesuatu yang hadir dalam hidup ini segalanya pinjaman.
Walau bermatian kita menegakkan itu milik kita, ia tetap bukan milik kita. Selamanya tak akan pernah jadi milik kita. Siapa kita untuk punya rasa memiliki?
Sekadar satu titik yang menjadi statistik pada kehidupan Bumi.
Merendah dirilah…
Bukan mendabik.
Apa yang aku merepek di pagi hari ni aku sendiri tak tahu. hahahaha
Kadang ia seolah rapuan yang tersangkut dalam kepala. Suatu perasaan yang sering menganggu lena malam. Apa yang membuat mimpi itu suatu trauma?
Entah…
Pabila tidur malam bukan lagi suatu rehat untuk kau, ia menjadi suatu kehidupan disisi yang lain. Apa aku yang berjaga ini tidak cukup hidup hingga tidurku juga perlu pada kehidupan?
Ya, kau adalah zombi kala berjaga. Tidurmu adalah kehidupan sebenar.
Chey…
Adakah mimpi kau beremosi? – Ya.
Adakah mimpi itu kau dapat merasa? – Ya…
Nah…jadinya diri kau memerlukan kehidupan yang lebih hidup kala lena.
Pffthh….
Seriuslah?
Angguk. Ya, ini serius.
Tapi ia tidak menjadikan kehidupan itu milik kau. Bisa jadi milik orang lain. Kau meminjam kehidupan orang lain untuk merasa hidup.
Huh…pelik. Kenapa begitu?
Adakah kau mengingati segala perkara yang diimpi? – Tidak.
Adakah kau punya bukti yang kau lalui segalanya? – Tidak…
Kerana itu pinjaman. Kau tiada bukti yang jelas padanya.
Hurmmm….
Mana milik kita?
Tiada…
Jadi segala yang terpunya pada nama ini juga tidak menjadikan ia kepunyaan kita.
Jadi segala yang original itu adalah ciplak?
Tiada idea asas yang baru terbina dalam satu malam. Idea menjengah pada setiap insan. Samada kita mengambil atau membiar idea itulah yang membezakan setiap keputusan.
Ada faham?
Ah, kau aku nak bersantai hari yang mendung bagi otak aku pusing. Dah pergilah main jauh-jauh.
Kerana masa itu bukan milik kita. Sesiapa bisa mencemarnya. Jadilah manusia yang punya kendiri prinsipal yang flexible. Kerana teguhnya sebuah prinsip saat ia jatuh, nescaya kau akan terduduk. Kerana prinsip jua adalah momokan sebuah ketakutan pada suatu yang tiada kepastian.
Adios!