Salam Muharram 1445 Hijrah kepada semua warga yang merai tahun baru Islam ini.
Alhamdulillah Muharram yang penuh syahdu cuaca, diberi kesempatan baru untuk membina hidup lebih maju. Tenang anak muda, usah terlalu diperbandingkan hidup dengan manusia lainnya. Kita punya alur kehidupan yang berbeza. Tiada satu pun yang serupa.
Tahun baru itu adalah suatu butang reset bagi minda dan persepsi kita. Untuk menjadi lebih baik, lebih bersedia dan matang dalam segala perihal.
Amboi introduction kau kemain skema kan? Dah kenapa baku sangat ayatnya?
Itulah, bila waktu Public Holiday ditemani dengan langit mendung serta kicauan burung ni, automatik dia jadi lullaby buat tidur kau lebih panjang. Tapi sekarang jam 9 pagi aku dah setel mandi sarapan semua. Biasa jangankan mandi, bangkit dari selimut pun tidak labu oi!
Dia punya mood malas tu, perghhh naudzubillah tak boleh bawak bincang. Kadang aku buat je perangai tu nya…kadang-kadanglah.
So, apa perancangan bagi tahun baru ni?
Manifesto untuk berubah itu sentiasa ada. Langkah-langkah untuk perubahan itu, kadang kecundang jugak. Selalunya memang tewaslah deka kerana susur jalan yang boleh buat hati galau. Berbalik pada Tuhan segala perancangan. Ikut pada plan aku, memang macam-macam dah terlangsai. Semuanya hanya angan sajalah. Maka, hidup ini kita hanya mahu yang sentiasa membangkitkan taraf hidup kendiri.
Bermula dari sifar, satu persatu kita bangkit menghitung satu dua tiga dan seterusnya. Namun sifar sering menjengah. Jatuh lagi dan lagi. Seperti cuaca mendung yang bukan selalu menjadi idaman ramai. Mendungnya pada badan, terasa tenang untuk bersantai.
Apa lagi rancangan hidup yang dimahu jika semua sudah ada di hadapan mata?
Bersyukur.
Aku mahu menjadi manusia yang lebih bersyukur pada setiap perihal.
Berhenti mahu pelbagai itu ini yang buat rasa syukur itu berkurangan. Semoga rasa untuk bersyukur, tawadhuk, qanaah dan segala sifat mahmudah mudah diserapi dalam diri. Amin…
Aku berhenti berharap pada masa lalu, pada sebarang kemungkinan yang buat hatiku hancur kala harapan lebur. Berhenti untuk menjadi yang sentiasa ada, yes man dan apa jua yang buat aku tidak selesa.
Dewasa amat sih!
Yeah, kusangka ujian menjadi manusia ini teruji saat umur kita 15 tahun atau 18 atau jua 25…Nyatanya, atur masa umurnya aku itu tidak seperti manusia normal. *garu kepala*
Tadi siang aku keluar, uruskan pengambilan barang dekat kawasan yang agak jauh. Rajin pulan traffik buat roadblock time cuti macam ni. Yang tak boleh bla terpaling tak boleh bla, dia saman kitaorang disebabkan ketidak jelasan jawapan yang diberi. Urghh! dasar! aku malas nak argue dengan dorang badan uniform ni.
Memang spoil lah mood tahun baru bila nampak dorang merata kat jalan.
Papehal, Salam Maal Hijrah uolls!
Pape roger! Adios!