Nilai Ketelusan

Nilai Ketelusan

Sejak musim lockdown, aku rasa setiap hari tu berharga. Bukan sekadar dihabiskan dengan chill, relax and netflix semata. Tetapi mencoretkan semua cerita harian yang berlaku. Sebab kita tak tahu mana satu hari akan jadi hari terakhir kita. Kemungkinan itu tinggi. Sedar tak sedar dah pergi…..

Selain daripada update satu dua khabar dengan rakan taulan, keluarga dan sahabat yang disayangi, aku rasa ada baiknya ketelusan yang kita sayang mereka itu ada bukti tulisan. Memandangkan nak jumpa pun susah even bukan musim macam sekarang ni, telah lagi dengan musim ni. Aku tetap sendirian di ruang ini.

Kadang terfikir, what if kalau satu hari aku meninggal masa tidur dan takde orang yang tahu disebabkan aku tinggal seorang diri? Sedih dowh…dahlah time taip ni nasyid bulan ramadhan oleh kumpulan Qathrunnada bermain sebagai lagu latar. Lagi terasa sebak dia….

Memanglah kita tak perlu nak propa dan menakut-nakutkan situasi sekarang, tapi…tipulah kalau takde rasa takut sikit pun…..

Masa hari pertama lockdown, awal aku VC family, friends dan hantar mesej kepada dua tiga orang yang rapat dengan aku. Risau takut tak sempat berjumpa…tapi tu lah….tak semua suka bila kita buat macam tu. Seolah macam tak telus. What’s the point jadi kawan kalau ditanya khabar tak reti nak balas dowh?

Tak boleh ke just appreciate orang yang masih ambil berat pasal kau? Beza orang yang menyibuk dengan ambil kisah itu jurangnya besar tahu…yeah….aku kena faham yang manusia itu berbeza….

Ramadhan tinggal sebulan. Tak tahu dapat raikan ke tak ramadhan tahun ni. Allah, temukanlah kami dengan bulan Ramadhan tahun ini. Amin….

Banyak benda yang aku perlu buat. Kuarintin ni banyak jadikan pemikiran aku 360 darjah berputar….perubahan itu sungguh menakutkan…tapi ia perlu dalam kehidupan.

Macam mana sedihnya aku bila tengok episod terakhir The Big Bang Theory. Sedihnya hanya Tuhan yang tahu masa dengar Sheldon berucap buat kali terakhir….sedih dia bukan sebab series tu semata, tapi sebab…..kau sedar even kau ada kawan, tapi tak semua ada sebagaimana series FRIENDS, How I Met Your Mother dan The Big Bang Theory…..fuh…

Somehow orang just tak betah dengan kau sebab itu kau….kau masih dandelion yang berkeliaran di apungan udara…

Tuhan, aku dah lama tak sembahyang raya di pagi Shawal. Aku harap, dengan bersihnya udara dari COVID ni, aku teringin sangat nak sembahyang raya selepas berbelas tahun tak mengejarkannya. Aku tahu, aku tak pernah suka raya, sebab masa raya semua orang ada kawan dan saudara untuk diziarah…Aku? …aku takde kawan untuk dikunjung…

Okaylah, panjang umur kita jumpa..jangan lupa jaga diri ya kawan….yeah aku lupa…mana ada kawan di akhir zaman ini…yang ada hanya kenalan….

p/s: kes dia sebab dengar takbir raya time menaip entri ni….tak pepasal sendu sorang….

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top