Aku ni hari-hari bukak je blog, nak menulis…sudahnya bermenung. Apa yang dimenungkan pun aku sendiri tak tahu. Kadang mencari ilham, idea, pelbagai rencana nak difikir. Pastu cakap dekat diri, ‘kau kena buat dulu. Yang penting buat!’
Kadang tu geram dengan diri sendiri sebab terlalu insecure dengan orang. Terlalu kurang bersyukur pun ya. Tapi sekarang aku tengah belajar mencuba untuk melawan segala aura kegagalan. Aku belajar menarik aura berjaya. Memang kurang sambutan. Memang terasa lorong yang dipilih langsung tidak berorang. Mungkin sebab tu aku cepat patah semangat.
Iyalah…sejak ke usia ini, aku memilih untuk menyepi diri. Tenangkan hidup. Makan masa itu benar. Sangat makan masa. Namun aku tetap syukur sebab walau ia lambat, aku tetap memilih untuk teruskan berjuang. Iya, benda macam simple kan…tapi entah…kadang rasa semangat tu hilang jauh sampai langsung tidak hirau masa hadapan.
Sekitar quarter pertama 2023, apa yang sudah berlaku?
*tarik nafas panjang dan hela*
Nak kata banyak itu tidak. Tapi adalah sedikit rentetan yang boleh mengubah jalan hidup. Alhamdulillah masih hidup. Alhamdulillah masih diberi nafas untuk menghirup udara yang penuh angin. Syukur…
Secara ringkas, sepanjang quarter pertama aku;
- Buat dapur baru tapi separuh jalan pasai kontraktor lari…
- Berhenti kerja demi career development…
- Take a career break…
- Kerja part-time dekat Go Get
- Hadir pelbagai sidang temuduga
- Terminate Alien Oren dengan mengaktifkan Sofie Adie
- Publish podcast setiap bulan
Itulah antara achivements aku takat la. Syukur dipermudahkan segala urusan. Terima kasih atas doa kalian. Aku masih banyak benda untuk dibelajar dengan arus dunia dewasa ni. Circle pun kian hilang. Mungkin langsung tiada…yang tinggal mungkin bayang…realiti dewasa yang tak ramai ceritakan. Apa yang penting aku tetap syukur sebab segalanya berjaya diharungi. Tipulah tak pernah fikir untuk give up…ada je…hahahaha
Well, kenapa nak difokuskan kehidupan pada yang malap bila kita sudah biasa bergelap? Cahaya itu kita yang usaha. Bukan sekadar menanti agar segalanya tercipta. Usaha. Tawakkal. InsyaAllah kau akan dapat. Percayalah….this too shall pass…
Tiada yang kekal. Segalanya sebentar cuma.
Hari ni tetiba banyak lalu dekat timeline aku pasal motor. Rasa macam lepas ni nak ambik lesen motor, pastu slow-slow kita pergi healing dengan ride kan. hehehehe insyaAllah…
Banyak cita-cIta dan impian yang buat kita kekal berjalan. Itulah harapan.
Mana kata nak jadi editor Dari Meja Sofie Adie nya? *garu kepala sat*
Tengah dok mikir lah ni. Aku ni jenis suka menulis macam diari, kalau kita konsisten je tulis gini boleh dak?
Boleh ja….janji kau selesa. Kau real. Be you, do you….setel. Tak yah pening-pening. Tenang aja duhai jiwa…this is you track, you own the pace. Chill….
Takat tu ja untuk hari ni…papehal roger!