Blog Header

Enoughism

Enoughism

Setiap kali lepas sahur, aku terpaksa memaksa diri untuk rajin. Yup! R-AJ-I-N!. Tarik nafas panjang…

Untuk malas, satu benda pun tak payah search. Siapa yang ajar untuk jadi malas? Siapa yang google ‘How To Be Lazy?’ Yilek! Takde. Itu jawapannya. Seminggu sudah aku jalani training bakal diserap under satu program GEP. Alhamdulillah rezeki bagi tahun ini terlalu banyak untuk dihitung.

Maka, setiap pagi lepas sahur, aku akan masak menu untuk jualan di gerai. Menu aku tak banyak dua saja. Kadang satu, kadang dua. Ikut tahap daya yang ada. Sambil masak tu, instead of dengar lagu, aku cuba membiasakan diri untuk mendengar podcast. Satu rutin yang lama aku tinggal.

Maka, podcast pilihan dan kegemaran selalunya adalah ‘The Minimalist‘. Korang mesti familiar punya dengan dua orang jejaka yang mengasas gaya hidup ni. Dokumentari pendek diorang ada dekat Netflix. Nak tengok, pilah search.

So, aku belajar gaya hidup minimalist ni based on kemampuan aku sejak tahun 2018. Aku mula belajar untuk tidak punya ikatan emosi pada semua barang, orang mahupun tempat. Dan isu yang aku dengar semalam adalah mengenai ‘Enoughism‘.

How much enough is enough?

Persoalan yang kita sering tanya pada nafsu yang selalu tamak pada kepuasan hidup. Siapa yang letak paras kecukupan pada kepuasan hidup?

KITA.

Siapa yang kata, dengan gaji RM800 sebulan kita tak boleh hidup?

KITA,

Sepanjang aku jadi manusia tidak berupaya untuk enam bulan lamanya, aku langsung takde pendapatan. Zero! Tapi, aku matikah?

Tidak!

Aku masih lagi hidup dan tersengih bagai kerang busuk minta dipelihara. Alhamdulillah aku bersyukur punya kecukupan pada hidup seadanya. Aku belajar yang, cukup itu tiada batas parasnya. Ia cukup. Titik.

Ada sebuah kereta biasa untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat itu cukup.

Ada sebuah rumah untuk berlindung dari hujan panas serta marabahaya itu cukup.

Ada keluarga yang sentiasa membantu perkuatkan emosi dan keupayaan hidup itu lebih dari cukup.

Ada agama dan Allah pelengkap hidup. Itu lebih dari cukup.

Jadi apa yang kita mahu cari lagi?

Sebab standard hidup kita tidak setaraf dengan orang lain?

Ah, persetankan perasaan itu. Rasa untuk membina kemajuan diri itu bagus, tapi jika ia merosakkan rasa syukur dan rasa kecukupan kita pada hidup itu sangat bahaya. Sebab manusia tidak akan pernah merasa cukup.

Lambatkan nak belajar rasa bersyukur.

Aku syukur pada setiap nikmat yang Allah beri sejak lahir hingga ke detik ini.

Aku syukur adanya dengan segala ujian dan rahmat Ilahi.

Aku syukur dan merasa cukup dengan nikmat zahir dan batin.

Moga aku, kau dan kita semua menjadi hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan mereka. Amin! πŸ˜€

Subscribe
Notify of
guest
4 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienienka
May 8, 2021 07:16

nice entry! gotta share yaa.

Aryana syukor
Aryana syukor
May 8, 2021 07:56

Diz is soooo good. Ive got my psycho vit 4 todayπŸ™ˆπŸ’•πŸ’•πŸ’•

Scroll to Top