Itu tajuk lagu baru Bondan Prakoso. Aku memang suka letak tajuk based on lagu yang sedang berputar. Maklumlah, kadang dari lagu ni banyak benar cerita dia yang kita tak boleh nak cerita dalam bahasa biasa. Huhuhuh
So, kau…lama giler tak update pasal hidup? Pe cer? Sihat tak sihat tu?
Musim tengkujuh ginian kesihatan terpaling mahal. Nak-nak usia kau pun dah meningkat kan…kena jaga elok-elok harta Tuhan pinjam tu…
Ala kau…dah lama tak update ada saja nak bebel dekat aku….aiguuu…
Lately aku tak banyak aktif dekat sini, sana mahupun apa jua platform yang ada. Balik-balik share gambar makanan yang lama zaman gathering hari itu. Itu mujur dalam bentuk gambar. Kalau idok, mahu kau share semua dah membasi. Hahahaha
Ambik ghupa je lah ea, nak kasi rasa, bau…confirm aku dah tapau siap keluar balik dah. Maka, rasailah keenakan juadah berdasarkan gambar sahaja ^_^
Balik hari tu,…
‘Eh bila masa pulak kau balik?’
‘Ala…adalah…konon yakin nak habiskan cuti so bulan ni fokus kerja an….(alih-alih ambil EL…chey!)’
‘Ha, kenapa time cuti hari tu? Best tak?’
‘Opkosle best, terpaling best la sebab kau merasa percutian bak orang gaji di Qatar gitu. hahahahaha’
Takdelah, aku just lega sebab masa balik hari tu, dapat jumpa semua, sihat wal-a’fiat hendaknya pun dah syukur. Serabut itu semestinyalahkan…tapi terpaling lega bila aku dah bagitau seperkara ni.
Apa dia kau tanya?
Kamu nanya?
Nantilah aku cerita. hahahah sebab aku tak rasa lagi nak share dengan sesiapa. Cerita itu cerita istimewa buat aku. Bukan kamu atau jua orang awam yang membaca. Achegithu…cukup waktu, aku cerita, siap sebuku berwaris keturunannya.
Ish, kau memang an, dah buka cerita, bila orang tanya, ada lagi nak berahsia… -_-
Akulahkan…..
Bila tengok hadiah, teringat yang aku tak beli lagi hadiahnya…hurm….
Aku rasalahkan, aku pun dah lupa aku rasa apa tadi. Macam nak jeles, tapi tak jadi. Nak marah? Jadahnya…maka lupakan sajalah ya…
Hidup ni kawan, ada cerita yang kita rasa macam kita tak boleh terima, tapi seiring masa berlalu, sepulih rawat di jiwa, kita boleh telan dan hadap tanpa sebarang air mata. Walau kadang menitik jua setitis dua. Tapi, tiap titisannya kita iring dengan senyuman dan berkata; “Ya, ini bahagia yang aku pilih…datangnya dengan ujian penguat hati…senyumlah kawan…”
Namun, ada waktu kita kecundang. Namalah manusia. Ah, lemahnya tak terkata untuk redha. Liur ditelan, mata dikerdip berulang, namun hingus yang ditahan mengalir jua. Dia menangis. Menangis untuk terima, cerita kita tak pernah setara cerita manusia biasa. Ada saja keanehan. Ada saja yang bisa mengundang jelingan….*angkat bahu*
Aku hanya pilih untuk tertawa. Senyum bahagia walau hati perlahan menangis hiba. ‘Kitakan, memang ujiannya begini barangkali. Redhalah hati. Senyumlah ya…’ Dan aku pun tersenyum lagi. Diukir mata hanya dia. Dia dan dia…
Diakah Rin bagi Deena Munawarrah seperti kisah nukilan Nazurah Aishah?
Ya, ya, ya aku berkisah kias. Hahahah kau faham, faham. Tak faham, sila abai. Siapa suruh tak minat bahasa dan sastera. Ini pun aku tulis bukan untuk kau faham. Baca dan berlalu pergi. Pening bukan?
Andaikata kau yang membaca ini faham, kau pastikan tersagat jua jiwa dan akan menahan hiba seperti aku sekarang. Tapi aku yakin, orang tak akan faham sepertimana kita yang menulis ini hadam.
“Jadi, menulislah bahasa yang kami faham…”
Sumbing senyumnya…
“Manusia, jika kalian tiada cerita atau pengalaman, usah dihina atau herdik pada manusia yang hidup pada jalannya. Kerna boleh jadi jika kamu dilandasan ini, kamu lagi melatah lebih kuat teriaknya dari guntur di langit…usah ulas sekelumit pun melainkan kamu pernah hadap, terima, mencuba dan berjaya lepasinya….hanya tika itu kamu mahu berkata apa, katalah semahumu….Namun, diperhatikan jua kita manusia ini, bila ia mula memahami hikmah, mereka cenderung berteleku diam dan hanya senyum sendiri. Jarang mahu diamuk sakan. Mereka tahu, apa yang diperkata lisan itu kan diuji pada masa hadapan. Maka, diamlah sebaik pedoman buatnya….”
Hey, it’s okay….
InsyaAllah….
Untuk kamu yang itu, aku bukanlah untukmu…
Untuk dia….terimalah bahasa kiasan yang melambung tingginya di landai….
Penulisan yg luar biasa, always support
^_^ appreciate all the support. May Allah ease everything!