Search
Close this search box.
milky way, sky, stars-4526277.jpg

Miracle

4 December.

Tarikh lahir ramai orang yang pernah jadi pujaan kala aku sekolah menengah. Tapi itu semua dulu. Tinggal kenangan kata orang. Tapi, kuat benar ya memori ni ingat. Seolah merekalah orang penting dalam hidup. Hairan bukan?

Usai habis membeli barang sehelai dua baju untuk dipakai hari esok, jam sudah ke angka sepuluh. Makanya, tak sempatlah kita chill-chill makan di Black Canyon or McD. Balik tu kononnya nak menyinggah drive thru. Sekali kau, ha…lupa malam ni malam Sabtu. Memang ramai orang beratur lah cerita dia. So, pusingla balik rumah. Makan maggi, pun maggilah. Dah lewat macam ni, apa je yang ada.

So, dalam perjalanan tu tetiba ada satu makhluq kiriman Tuhan menahan sewaktu aku keluar lif.

‘Dik, ambiklah ni..’ hulurnya.

‘Asal?’ aku bertanya hairan.

‘Ambiklah…’

‘Oh, terima kasih.’ ujarku sambil tunduk hormat seperti orang Jepun. Arigato sensei!

Macam tahu-tahu je aku belum makan. Satu kotak kau ayam Kyochoon. Perghhh mana larat nak habis makan sorang ni. Barangkali dia ingat aku ada housemate kot. Ah, sayangnya….

Jadi aku balik tu termangu kejap.

‘Tuhan tahu je kan yang aku ni lapar. Terus dikirim dia makhluq sebagai pengantara.’

Terngiang ayat ‘nikmat Tuhan yang mana lagi kamu dustakan?’

Diam.

Hari ni masa sibuk menyiapkan satu esei mengenai ‘Keluarga Saya’ berlatar belakangkan muzik Experience, tetiba aku emosi lebih. Seolah dirobek segala rasa yang terlalu lama aku peram. Ah, rasa yang buat aku mahu saja tikam diri atau terjun saja dari bangunan. Tapi aku tahan. Tahan bukan sebab aku hadap untuk hidup. Tapi sebab aku masih punya Tuhan. Halal haram. Bertarung lagi.

Dan…hela berat dilepas.

For once in my life, aku penat untuk hadap. Kau, masalah kau tak besar pun banding nikmat yang Tuhan bagi. Tapi kenapa terlalu cepat untuk give up?

Diam.

Tak, aku tak give up. Aku cuma ambil nafas sehela dua. Penat…

Penat untuk hadap.

Senyumlah, happy masih hidup. Kau, kalau sedih…susah rezeki nak datang. Pujuk dirinya. Dia senyum. Cuba. Untuk. Senyum.

Aku harap aku masih kuat. Untuk terus hidup. Harapnya begitu.

Harapnya tidak tinggi. Jiwa yang selalu bertelagah ini buat dia tidak betah berdiam diri. Kau, perlu keluar. Keluar dari zon selesa.

Keluar, hadap dunia dan masalah yang lebih teruk dari drama picisan kau.

Keluar.

Keluar!

Ajaib, dia masih hidup.

‘Dia tak sunyilah?’ tanya mereka.

‘Nak sunyi apa, okay jak orang…’

Ya, aku okay. Sunyi itu sahabat buat teman borak. Ah, palsu! Penipu…

Dahlah..buat masa sekarang, cari dan cuba untuk terus hidup. Dalam redha Dia.

Yeah….sape je nak hidup dowh…ha…

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Cik Roxa
Cik Roxa
December 5, 2021 00:39

Happy belated birthday, Sis Sofie Adie ❤

Semoga always be happy ya,sis.

Takmo sedih2. Kalau penat, take some rest ya😊

Hugs sikit heehee🤗🤗😊

aienie
December 6, 2021 01:30

Hati2 jaga diri. In shaa Allah ada rezeki kita jumpa lagik. ^^

Scroll to Top