laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

The Other Side of Bazaar

Assalamualaikum! Kabare kalian semua? Alhamdulillah sihat seiring dengan berlalunya Ramadhan. Harapnya semua begitulah…Pergh! Seminggu zebby-zebby dengan rutin Ramadhan, baru hari ni dapat taip dengan amannya….fuh! (acah-acah tengah lap peluh kat dahi…)

Hari tu, aku pernah cerita yang tahun ni kitaorang (refer kepada aku dan beradik lain) ada bukak bazaar. So, dalam lebih kurang sepuluh hari ni, macam banyak sangat kisah, karenah, pe’el, telatah di bazaar yang buat kitaorang senyum, marah, gembira, muram, sedih…argh! macam-macamlah! (give me five untuk sape yang pernah join bazaar…)

The Other Side of Bazaar.

Bermacam cerita tersimpan yang pembeli takkan pernah faham. Sama macam masa aku jadi pembeli dulu. Aku tak pernah faham peniaga kat bazaar. Kenapa harga sekian sekian yang langsung tak padan dengan makanan sekian sekian….dan begitulah proses jual beli berlangsung hingga ke penghujung Ramadhan…

Bazaar ni dia seronok. Proses jual beli dengan orang. Mestilah dengan orang…adoyai! Kira macam lingkungan sosial aku, tanpa sedar macam dah bertambah…walhal aku takut dengan orang. Spekulasi mainan perasaan yang buat diri sendiri jadi paranoid-sedikit sebanyak dah berkurang. Sekarang aku hidup situasi sebenar. Realiti! Bukan lagi masa silam atau masa hadapan.

Bila kita dah tahu betapa susahnya membuat sesuatu barang, kita takkan berkira dengan nilai. Sebab kita faham…

Tipulah kalau aku kata tak pernah terliur tengok barang jualan peniaga kiri kanan depan belakang…maunya ikut nafsu setiap hari nak membeli. Dengan air pelbagai warna plus hipster pulak…teringin nak merasa…tapi benda camtu, sekali cukuplah. Ambil syarat merasa…jangan sampai kempunan sudah!

Saingan tinggi woh! Takyah cakaplah…sebab tu kalau betul nak jaga nama gerai…kualiti tu sangat penting. Nak menjadi peniaga jujur dengan kualiti ni dugaan dia tinggi. Kadang terikut dengan emosi…kalau dapat pembeli yang faham, alhamdulillah…kalau tidak….sabar ajerlah….

The Other Side of Bazaar

Untung ke meniaga kat bazaar? -Tertakluk- Rezeki masing-masing sukar ditebak. Saat paling bahagia sepanjang kat bazaar, bila semua barang jualan habis. Happynya sampai senyum ke langit! Terima kasih kerana sudi membeli ^_^

Sorrylah…masih belum ada gambar gerai lagi…nantilah….tak menyempat nak tangkap gambar T_T

Huargh….dahlah kot cerita pasal bazaar ni..chow lu…thanks for reading!

p/s: masa awal taip tadi berlambak cerita nak cerita, bila start taip…puf! hilang terus semua….=_=!…

Subscribe
Notify of
guest
10 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
July 26, 2016 22:46

kan??? sebab tu kitaorang selalunya akan beli makanan tu kalau betul2 rasa nak makan dan makanan pada hari tu tak banyak…kalau tak, kirim salam ajelah…

Hanis Amanina
July 18, 2016 14:53

bahayanye pergi bazaar bila pergi dgn perasaan lapar dan takde aim nak makan apa (untuk family sy). end up akan beli lebih dari yg perlu dan penat bila kena jadi tong sampah. haha

sofie adie
June 20, 2016 20:01

bagusnya kim cha!! tok sah pi lagi bagus…makanan kat rumah lagi sedap dari bazaar 😀 hehehhehe

Kim Chaa
June 20, 2016 19:35

Dah lama tak pergi bazar ramadhan. Tak ingat last kaki pergi bila.

sofie adie
June 19, 2016 00:26

erm…tapi kalau tgok balik…sebenarnya bazaar tu xda pa sangat pun…hu6

ayam madu? xjumpa lagi kat bazaar nih…atau tak perasan…maybe…

sofie adie
June 19, 2016 00:25

salam yana.
samalah kita…kalau dapat plak xde kelas ptg…cerita dia pergi kak ton ja lah….

Anonymous
Anonymous
June 19, 2016 00:24

jarang pergi sebab kalau dah jejak, semua nak beli. hahaha.

teringat ayam madu. huuh

The KehalusanKelembutan
June 19, 2016 00:24

salam.. sofie yana paling tak suka pi bazar, dekat arau mujur ada dalam kampus, kalau tak makan yang ado je. tak suka tempat orang ramai2

sofie adie
June 18, 2016 06:02

lahai….awat tak pi tashira?
pi bagus gak tak p…dapat jaga puasa…. 😀

tashira
June 18, 2016 01:12

belum pernah lagi jejakkan kaki ke bazaar,parents selalu suruh ikut tapi tu lah malas k malas plus takut rasa dahaga nanti hahaha T_T

Scroll to Top